CARA MINUM MONAVIE

BAGAIMANA NAK MINUM MONAVIE SUPAYA MENDAPAT HASIL YANG BENAR-BENAR BERKESAN?

Cara pengambilan Monavie yang betul akan memberi anda kesan yang lebih baik. Anda perlu minum Monavie mengikut sukatan yang betul. Jangan minum Monavie dengan menggunakan sudu. Ini kerana sukatan yang anda ambil akan berbeza disebabkan oleh saiz sudu tersebut. Dinasihatkan supaya anda menggunakan cup kecil yang telah ditandai dengan sukatan. Anda boleh dapatkan cup kecil tersebut di mana-mana farmasi yang berdekatan.

Cara pengambilan Monavie yang betul adalah seperti berikut:
  1. Diambil dua (2) kali sehari.
  2. Sekali sebelum hendak tidur pada waktu malam.
  3. Sekali lagi selepas bangun/bangkit daripada tidur di awal pagi (Sebelum sholat subuh adalah terbaik).
  4. Sukatan bagi setiap kali pengambilan adalah sebanyak 50ml.
  5. Pastikan selepas 1 (satu) jam setiap kali pengambilan barulah anda susuli dengan sarapan/ambil makanan lain.
PERINGATAN.....!!!
  1. Monavie yang telah dibuka penutup botolnya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan Monavie supaya tidak cepat rosak/mudah teroksida dan hilang khasiatnya.
  2. Setiap kali sebelum minum Monavie, pastikan anda menggoncang botol Monavie terlebih dahulu supaya pati Monavie dapat disebatikan dengan sempurna.
  3. Tarikh luput Monavie adalah 12 bulan.
  4. Monavie bukan ubat.
  5. Monavie merupakan minuman kesihatan yang dapat membantu untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit.
  6. Monavie boleh diambil bersama-sama dengan ubat hospital.
  7. Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak digalakkan minum Monavie.
  8. Wanita mengandung perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil Monavie.
  9. Sekiranya berlaku tindakbalas (pening, mengantuk, susah nak tidur, sakit kepala yang ringan, sakit otot, sakit perut, cirit-birit, sakit urat, sakit-sakit badan) selepas anda minum Monavie, anda tidak perlu takut atau bimbang. Ini kerana Monavie tidak memberikan apa-apa kesan sampingan buruk terhadap diri anda. Ianya adalah bersifat sementara dan merupakan proses pembuangan toksik dalam badan sedang bermula dan proses tersebut adalah merupakan proses penyesuaian Monavie dengan tubuh badan anda (Healing Process). Anda dinasihatkan supaya minum Monavie secara berterusan sehingga anda berasa lega dan selesa atau anda boleh mengurangkan jumlah dos pengambilan untuk sementara waktu sehingga tindakbalas reda.